Autoreponder percuma atau berbayar?

Mungkin ramai newbie menyangkakan bahawa sebagai usahawan baru internet, penggunaan perisian percuma sepert autoresponder percuma adalah satu langkah penjimatan yang bijak.

Mereka mungkin tidak terbayang untuk mendapat respons yang baik dan seterusnya dapat mengumpul alamat email yang banyak melalui jualan produk mereka serta melalui usaha promosi gigih mereka yang memungkinkan mereka untuk membina mailing list yang amat berguna untuk masa depan perniagaan mereka

Pada peringkat awalnya, ramai newbie mungkin hanya berhasrat untuk mencuba-cuba menggunakan autoresponder percuma tersebut untuk urusan follow up email asas sahaja. Jadi, penggunaan autoresponder percuma diangggap sudah mencukupi.

Tetapi,semakin hari, produk, blog dan laman web mereka semakin mendapat sambutan kerana maklumat yang disampaikan amat berguna untuk para pengunjung dan pelanggan mereka. Hasilnya, alamat email yang dikumpulkan melalui proses subscribing pelawat mencecah ribuan subscriber. Pada peringkat ini, lazimnya, autoresponder percuma ini dipercayai tidak mampu lagi berfungsi dengan baik. Ini kerana ramai subscriber yang mengadu tidak menerima email link download yang telah disediakan melalui autoresponder percuma ini. Aktiviti email broadcast kepada subscriber juga sering gagal kerana autoresponder tersebut sering jam.

Pada peringkat ini, barulah newbie tadi menyedari bahawa perniagaan mereka menjadi semakin serius dan berpotensi sedangkan autoresponder percuma yang mereka gunakan tidak dapat membantu sepenuhnya.

Akhirnya, mereka menggunakan khidmat sistem autoresponder berbayar.
Setelah menukar kepada sistem autoresponder berbayar pula, masalah timbul sekali lagi di mana, ribuan subscriber yang telah berdaftar dengan newbie melalui autoresponder percuma tadi tidak dapat dipindahkan secara automatik kerana syarikat autoresponder berbayar telah menetapkan syarat bahawa pihak syarikat perlu mendapatkan persetujuan subscriber sedia ada terlebih dahulu untuk dipindahkan. Tanpa keizinan mereka, proses ini tidak dapat diteruskan.

Caranya ialah, syarikat autoresponder berbayar newbie ini tadi akan menghantar email yang disertakan link pengesahan setuju menerima email kepada subscriber sedia di dalam system autoresponder percuma newbie bagi memohon keizinan mereka untuk dipindahkan ke senarai subscriber autoresponder berbayar yang baru.
Malangnya, tidak semua subscriber tadi bersetuju untuk dipindahkan. Hasilnya, hanya sebilangan kecil subscriber dapat dipindahkan.

Ini sangat merugikan newbie kerana bukannya mudah untuk mengumpul senarai ribuan subscriber dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan risiko ini semua, gunakanlah sistem autoresponder berbayar. Selain kadar penghantaran yang tinggi kepada subscriber, ia juga dapat menyelamatkan website newbie daripada dituduh sebagai spam.

Pernah terjadi kepada seorang IM di mana website beliau telah digantung secara automatik atas tuduhan melakukan spam sedangkan, beliau sebenarnya menghantar email tersebut hanya kepada subscribernya.

Jadi, jika anda bercadang untuk menggunakan skrip autoresponder yang diinstall di website anda, berhati-hatilah. Ini kerana server webhosting biasanya mempunyai keupayaan untuk mengesan penghantaran email secara pukal. Jika ia mendapati website anda menghantar email secara pukal, biasanya melebihi 200 alamat email pada satu-satu masa, kemungkinan besar website anda akan automatik di “suspend” atas tuduhan spam. Walaupun email yang anda hantar itu adalah merupakan email yang bersih daripada senarai opt-in anda.

Itulah kelemahan yang paling besar yang dimiliki oleh skrip yang diinstall di website sendiri.

Berbeza jika kita menggunakan perkhidmatan autoresponder yang berbayar, skrip tersebut tidak diinstall di server/website kita.

Jadi, tiada risiko seperti yang saya sebutkan di atas.

Yang menariknya lagi, sistem autoresponder berbayar ini juga boleh anda gunakan pada semua website yang anda miliki. Jika anda memiliki 10 buah website, maka anda boleh gunakan sistem autoresponder yang sama bagi kesemua website tersebut, tidak perlu mendaftar akaun yang baru, cukup hanya dengan satu akaun.

Autoresponder

Autoresponder sangat penting untuk membina mailing list dan juga untuk aktiviti promosi anda. Mailing list ini anda perolehi apabila pelawat blog atau laman web anda subscribe ke newsletter anda melalui peggunaan sistem autoresponder anda.

Antara pembekal sistem autoresponder berbayar yang boleh anda dapati di pasaran ialah aweber, getresponse, trafficwave, norabots dan mybuzz.

Untuk makluman, mybuzz adalah produk keluaran Malaysia.

Kesemua autoresponder ini mudah untuk diaktifkan dan juga mudah untuk digunakan.
Walau bagaimana pun, setakat ini, saya rasa caj yang dikenakan oleh mybuzz adalah yang termurah (serendah RM35 sebulan dan serendah RM 399 setahun).


Bagi menguji kemampuannya, anda boleh menggunakan versi percubaannya selama 30 hari.

Jadi, jika anda benar-benar serius untuk menjadi seorang usahawan internet, anda perlulah menggunakan autoresponder segera.

Buatlah pilihan yang bersesuaian dengan bajet anda.

Mailing List ( Senarai Email Subscriber)

Pada pendapat saya, mailing List adalah rahsia dan kunci sebenar kepada perniagaan internet. Lebih banyak senarai alamat email yang anda miliki, lebih cerahlah peluang anda untuk memasarkan produk anda pada masa kini mahu pun pada masa hadapan.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan mailing list yang banyak ini?

Ianya perlu disertakan dengan usaha promosi gigih blog atau laman web anda. Ada banyak cara yang disebut di dalam ebook dan panduan yang dinyatakan di dalam internet untuk mendapatkan senarai email ini.

Bunyinya mudah tetapi ianya tidaklah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan pengorbanan dari segi wang, tenaga dan pelbagai lagi. Ana juga perlu bersabar membina reputasi anda untuk membolehkan pengunjung anda subscribe newsletter anda.

Anda juga perlu memiliki ilmu menarik pelawat yang mencukupi.

Lazimnya, pemilik blog atau laman web akan menawarkan hadiah percuma kepada pengunjung yang subsribe newsletter mereka bagi menarik minat mereka untuk subscribe.

Newsletter ini pula, biasanya akan membekalkan subscriber dengan maklumat-maklumat berkaitan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Selain itu, anda perlu juga menyertai forum, membuat JV, link exchange, add URL anda ke direktori berkaitan dan banyak lagi. Promosi manual juga jangan dilupakan dengan mengedarkan kad pernigaan anda yang disertakan alamat blog atau laman web anda.

Lakukan dengan sabar dan insya Allah anda akan mendapat mailing list anda secepat mungkin.

Anda mungkin mampu mendapat senarai email pengguna melalui Google Groups, Yahoo Groups dan sebagainya. Tetapi, apa yang ingin ditekankan di sini ialah pentingnya anda mendapatkan mailing list yang berkualiti iaitu subscriber yang benar-benar minat dengan perniagaan anda dan juga sanggup mengeluarkan wang untuk produk anda bagi memajukan perniagaan mereka pula.

Ada juga otai yang sanggup membayar ribuan ringgit melalui program pay per lead untuk mendapatkan mailing list yang berkualiti ini. Bayangkanlah pengorbanan yang telah mereka lakukan ini. tetapi, pengorbanan itu berbaloi dengan hasil yang mereka perolehi sekarang bukan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan peminat Internetmal. Jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan di sepanjang penulisan maklumat blog ini, saya memohon maaf zahir dan batin.

Selamat pulang ke kampung untuk menemui yang tersayang.

Berhati-hati di jalan raya.





Grafik (Adobe Photoshop)

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita pada hari ini. Hari ini saya ingin bercerita tentang penggunaan Adobe Photoshop.

Pada pendapat saya, jika anda benar-benar serius ingin menjadi seorang usahawan internet, anda perlu memiliki kemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop. Ini adalah salah satu kemahiran wajib dan mandatori. Tidak boleh tidak.

Mengapa saya mengatakan demikian?

Sungguh pun terdapat banyak perisian photo editor di luar sana seperti paint.net, photobie, GIMP dan sebagainya, bagi saya Adobe Photoshop adalah yang terbaik. Ini kerana, ianya memiliki banyak ciri yang dapat memudahkan kerja dan menjimatkan masa anda dalam pengeditan grafik kita terutamanya di dalam proses membina grafik laman web atau pun blog anda.

Di internet juga terdapat banyak grafik format Phoitoshop dengan extension .psd yang telah tersedia untuk anda download dan edit serta merta untuk anda gunakan. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mereka grafik yang menarik untuk laman web anda. Cuma download, edit dan gunakan.

Bersama ini disertakan contoh grafik photoshop yang tersedia di internet. Menarik bukan?





Ini ditambah pula dengan kemampuan pelbagai ‘action script’ photoshop yang dapat membantu mencantikkan lagi grafik anda.

Jadi, saya rasa, memiliki perisian dan kemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop adalah suatu kriteria wajib seorang usahawan internet.Memiliki dan menggunakan perisian ini adalah satu jalan pintas ke arah kejayaan perniagaan internet anda.

Bersama ini pula saya sertakan contoh header laman web yang telah saya edit menggunakan photoshop.

Header Asal

Header yang telah diedit menggunakan Adobe Photoshop

Bagi anda yang masih belum memiliki perisian Adobe Photoshop ini, anda bolehlah download trial copy nya di sini. atau pun portable editionnya di sini. Untuk makluman, Adobe Photoshop portable edition ini tidak memiliki fungsi sepenuhnya seperti yang dimiliki oleh Adobe Photoshop full version.

Cubalah sekarang!

Selamat mencuba.

ECover

Assalamualaikum semua,

Bertemu kita lagi.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang ecover.

Apakah ecover?

Ecover adalah ilustrasi buku elektronik anda atau pun lebih dikenali sebagai ebook. Kandungan ebook yang biasanya di dalam format pdf, word dan sebagainya, walau pun memiliki maklumat yang padat dan lengkap agak sukar dijual jika tidak disertakan dengan pakej grafik, alatan pengiklanan dan pemasaran yang menarik seperti ecover.

Berikut disertakan contoh ecover seperti yang saya maksudkan.



Ecover ini boleh direka dengan pelbagai perisian seperti GIMP dan pelbagai perisian photo editor yang lain. Walau bagaimana pun, ianya adalah lebih menarik jika direka menggunakan perisian Adobe Photoshop. Ecover tersebut akan dijana menggunakan action script yang lazimnya memerlukan perisian Adobe Photoshop untuk digunakan.

Di luar sana, anda boleh juga mendapatkan action script photoshop percuma. Tetapi, grafik yang dhasilkan mungkin agak kurang menarik. Walau bagaimana pun, untuk proses belajar, action script percuma tersebut bolehlah anda gunakan.

Walau bagaimana pun, jika anda ingin menjimatkan masa anda dan sanggup mengeluarkan sedikit modal, anda bolehlah cuba mendapatkan action script bermutu di sini.

Iklan




Iklan Nuffnang

Percuma

Daftar di sini untuk mendapatkan Tips Internet dan EBook PERCUMA!

Nama:
Email:

Iklan
















Soal & Tanya Di Sini

Guestbook

Bil. Pelawat


Statistik Pelawat