Workshop

Perlukah Saya Menghadiri Seminar/ Kursus/Workshhop ?


Jika anda tanya pendapat peribadi saya, saya akan katakan ianya amat perlu.

Memang benar anda boleh belajar perniagaan internet ini sendiri melalui ebook, buku atau bertanyakan orang ramai di forum. Namun, masih terdapat pelbagai kelebihan menghadiri seminar atau workshop perniagaan internet ini berbanding dengan belajar sendiri.

Seminar atau workshop perniagaan internet yang berkualiti dapat membantu anda belajar dengan cepat dan berguru dengan mereka yang telah pun berjaya. Selebihnya, bergantung kepada tahap usaha anda sendiri.

Walaupun kos menghadiri sesuatu seminar perniagaan internet adalah lebih mahal berbanding dengan membeli sebuah buku bisnes internet, namun keistimewaannya tidak dapat ditandingi (jika anda manfaatkan peluang bertanya dan praktikal sepenuhnya sewaktu seminar/kurus/workshop) dan ianya amat berbaloi. Sekurang-kurangnya, anda dapat mempelajari cara-cara mengendali seminar/kursus/workshop internet anda pula suatu hari nanti.

Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa anda perlu menghadiri seminar perniagaan internet

1. Jalan pintas (shortcut) untuk belajar perniagaan internet


Di dalam sesebuah seminar/kursus/workshop perniagaan internet, anda akan diajar bagaimana bisnes ini dijalankan bukan sahaja secara teori bahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan usahawan internet itu sendiri. Sekiranya anda tidak memahami sesuatu, anda boleh bertanya kepada penceramah dan soalan anda bakal dijawab pada masa yang sama. Dari sini juga anda dapat belajar teknik yang betul, perkara yang patut anda elakkan dan praktikkan tanpa membuat tekaan atau andaian salah mengenai topik yang dibincangkan.

2. Dapat Mencungkil Rahsia Dalaman Mereka Yang Berjaya Secara Langsung


Ada sesetengah usahawan internet memang tidak akan membongkar rahsia mereka di dalam blog ataupun email yang mereka hantar. Jika rahsia perniagaan internet mereka ini diulas di dalam laman web mereka sekali pun, ianya tidaklah diulas dengan terperinci seperti yang bakal mereka berikan semasa seminar. Nah! Disinilah peluang anda untuk mencungkil rahsia mereka secara peribadi. Ramai yang berjaya kerana persoalan mereka terjawab iaitu mereka dapat tahu apa yang sebenarnya mereka ingin tahu.

3. Berjumpa dengan rakan usahawan internet lain

Di seminar/kursus/workshop, anda akan dapat menambah kenalan dan rakan usahawan anda. Dengan ini, insya Allah perniagaan internet anda akan berkembang dengan lebih cepat melalu aktiviti selanjutnya anda bersama mereka. Anda dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka.

4. Mencipta perkongsian bisnes atau “joint venture”


Tidak seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet adalah hebat kerana pesaing anda juga boleh menjadi rakan niaga anda.

Sebagai contoh, sekiranya pesaing anda mempunyai produk yang seakan-akan produk yang anda jual, anda boleh menjadi rakan niaga beliau dan menjual produk beliau kepada pelanggan anda untuk komisyen jualan melalui affiliate dan sebagainya. Begitu juga yang dapat dilakukan oleh beliau. Dengan menggunakan sedikit kreativiti, anda dan pesaing anda akan sentiasa mendapat untung dari promosi yang anda jalankan bersama.

Di seminar perniagaan internet, anda mungkin menemuii rakan “joint venture” anda. Setidak-tidaknya anda mungkin menjumpai mereka yang ingin memulakan perniagaan internet berdasarkan model bisnes yang sama yang ada di fikiran anda. Ini akan memudahkan lagi anda memulakan perniagaan internet anda (fikir lakukan bisnes secara perkongsian mahu pun berkumpulan).

Dan lagi, siapa tahu? Mungkin anda juga boleh mencadangkan “joint venture” kepada penceramah seminar tersebut.

5. Menjimatkan wang , masa dan tenaga

Dengan ilmu yang anda perolehi melalui seminar/kursus/workshop, anda akan dapat menjimatkan wang anda daripada membeli perisian atau ebook yang kurang berkesan untuk perniagaan anda. Anda akan diperkenalkan dengan perisian-perisian yang efektif , percuma dan mampu memberi pulangan yang anda impikan.

Anda juga mungkin akan dibekalkan oleh sifu link-link laman web dan juga skrip-skrip begruna dan penting untuk laman web atau blog produk anda.

Yang penting sekali ialah anda dapat menjimatkan masa anda kerana masa yang telah pergi tidak akan kembali. Anda akan dapat memulakan perniagaan anda secepat mungkin dengan teknik yang betul. Anda juga tidak akan kelesuan di dalam usaha anda untuk ‘try & error’ dalam memahami segala teknik perniagaan internet yang sering memakan berminggu-minggu dan berbulan-bulan untuk difahami.

6. Khidmat Coaching

Ada juga di antara penceramah ini yang menawarkan khidmat coaching kepada perserta untuk tempoh tertentu sebagai khidmat tambahan mereka. Rebutlah peluang ini tanpa sebarang bayaran tambahan atau pun dengan caj tambahan minima sehingga anda benar-benar dapat mempraktikkan apa yang telah anda pelajari di dalam seminar/kursus/workshop itu tadi. Ini dapat membantu meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Akhir sekali, jangan jadikan seminar sebagai satu-satunya cara untuk anda berjaya di dalam bisnes internet ini. Seminar/kursus/workshop dan penceramah hanyalah penunjuk jalan anda.

Mereka umpama doktor yang hanya mampu mencadangkan ubat untuk anda berdasarkan ilmu mereka. Jika anda tidak cuba atau tidak mahu langsung berusaha untuk makan ubat tersebut sedangkan anda sakit, peluang anda untuk sembuh mungkin tipis.

Jadi, setelah anda ditemukan dengan jalan yang betul, anda harus terus berjalan dan berjalan di atasnya seperti yang dinasihatkan oleh doktor perniagaan internet anda tadi bermula dengan langkah yang perlahan menjadi semakin laju dengan bertambahnya kemahiran anda dan juga dengan tidak membuat kesilapan lagi sehinggalah anda tiba ke ke hujung jalan tersebut di mana kejayaan yang anda impikan sedang menanti anda. Setelah anda tiba, jangan lupakan rakan-rakan yang di belakang pula. Bantulah mereka pula.

Yang penting, anda jangan berhenti belajar, jangan berputus asa dan jangan lupa berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar mempermudahkan laluan anda dan juga menguatkan semangat anda sepanjang anda berada di jalan tersebut.

Jadi, teruslah menghadiri seminar/kursus/workshop yang anda perlukan agar anda sentiasa dilengkapi maklumat dan pengetahuan terkini berhubung teknik-teknik dan produk terkini internet dan perniagaan internet agar anda sentiasa di hadapan.

Insya Allah anda akan berjaya suatu hari nanti.





No comments:

Post a Comment

Iklan




Iklan Nuffnang

Percuma

Daftar di sini untuk mendapatkan Tips Internet dan EBook PERCUMA!

Nama:
Email:

Iklan
















Soal & Tanya Di Sini

Guestbook

Bil. Pelawat


Statistik Pelawat