Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita kali ini.

Sedar tak sedar, kita telah pun masuk ke Tahun 2011.

Rasanya masih belum lambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Oleh itu, dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca blog Internetmal sekelian. Maklumlah, saya agak sibuk juga pada awal tahun ini dengan pelbagai urusan.

Apa azam tahun baru anda? Sudah tercapaikah azam tahun lepas anda?

Begitulah hidup ini, semuanya berlalu dengan pantas walau pun pada mulanya kita merasakan ianya bergerak perlahan. Itulah masa. Sama ada kita sedar atau tidak, masa akan tetap berlalu dan tidak akan menunggu kita walau pun seketika.
Tiba masanya, sama ada kita bersedia atau tidak, kita akan pergi meninggalkan dunia ini dan segala isinya. Bagi mereka yang faham, mereka akan kembali dalam keadaan tenang, redha, bersedia dan cukup dalam segala hal. Tidak ada apa yang membimbangkan mereka kerana mereka tahu dunia ini hanyalah tempat untuk mencari bekalan, tempat ujian dan bersifat sementara.

Bagi yang tidak faham, mereka akan menyesal dan kecewa kerana mengejar dunia dan segala hiasannya yang tidak kekal. Mereka tidak memanfaatkan masa dan peluang hidup di dunia ini sepenuhnya dengan mencari Allah yang kekal dan memiliki segalaNya.

Oleh itu, carilah Allah dengan mencari keredhaan dan rahmat Allah sebanyak mungkin. Tuntutlah, amalkanlah dan sebarkanlah ilmu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat. Berusahalah habis-habisan untuk menjadi orang yang beriman dan bertakwa, berbuat baiklah sesama manusia, mengesakan Allah dalam segala hal dan banyak lagi.
Tunaikanlah segala tanggung jawab yang telah Allah amanahkan kepada kita dengan baik. Ini termasuklah menjaga kebajikan ibu bapa kita, suami/isteri kita, anak-anak kita, saudara-mara kita, jiran kita, pelanggan kita dan sebagainya.
Renungkanlah dan fahamkanlah kata-kata yang sedikit ini kerana Allah masih memberi kita tempoh.

Salam.





Belajar Sehingga Faham Dahulu Baru Cuba Atau Cuba Dahulu Baru Faham?

Satu perosoalan yang menarik ya?

Jika anda tanya saya, saya akan katakan belajar dan cuba serentak adalah langkah terbaik untuk anda memahami selok-belok perniagaan internet.

Jika anda tidak mencuba, ilmu anda baru sekadar pengetahuan kerana masih di peringkat teori dan masih belum membuahkan apa-apa hasil.

Jika anda sudah mencuba, ada dua perkara selanjutnya yang akan anda alami iaitu sama ada anda berjaya atau gagal. Namun begitu, kedua-duanya akan meningkatkan kefahaman anda hasil daripada aplikasi teori tadi.

Pada mulanya, mungkin anda akan membuat kesilapan dan tidak mendapat hasil langsung. Tapi, belajarlah daripada kesilapan tersebut dan jangan ulangi lagi.

Dengan ini, insya Allah tindakan anda itu tadi akan memberi hasil walau pun lambat. Ini kerana Allah itu Maha Adil dan sukakan orang yang berusaha.

Setelah mendapat hasil pertama, anda pasti yakin untuk ke langkah yang seterusnya iaitu bagaimana untuk mempercepatkan proses mendapatkan hasil anda?

Setelah cepat pula, bagaimana hendak mengeluarkan hasil anda dengan kos yang murah?

Jadi dipendekkan cerita, setelah anda berjaya mendapatkan jalan penyesaian kepada persoalan-persoalan ini tadi, barulah anda dikatakan memiliki ilmu dan faham tentang perniagaan internet.

Tapi, jangan berhenti di situ sahaja kerana ilmu Allah ini tidak pernah habis.

Teruskan menimba ilmu.

Iklan




Iklan Nuffnang

Percuma

Daftar di sini untuk mendapatkan Tips Internet dan EBook PERCUMA!

Nama:
Email:

Iklan
















Soal & Tanya Di Sini

Guestbook

Bil. Pelawat


Statistik Pelawat

Waktu

Waktu Solat

Blog Info