Web Hosting

Bercakap tentang web hosting, saya sangat menekankan agar anda menggunakan hosting yang dilengkapi dengan kemudahan CPanel, menyokong bahasa pengaturcaraan php,disokong oleh mysql dan sebagainya. Selain itu, web hosting tersebut juga haruslah dilengkapi dengan kemudahan sub domain yang banyak. Mungkin pada peringkat awal, anda tidak tahu kegunaannya dan mungkin masih belum memerlukannya. Akan tetapi, lama kelamaan,setelah anda lebih memahami selok belok internet, anda mungkin akan memerlukan semuanya ini kerana ramai di antara pakar-pakar internet di dunia dan Malaysia menggunakan kemudahan yang saya sebutkan di sini.

Contohnya, melalui CPanel, anda akan dibekalkan dengan ciri-ciri file manager yang membolehkan anda upload fail anda ke hosting dengan mudah, membina database anda dengan cepat dan mudah. Melalui CPanel juga anda dibekalkan dengan email auto responder dan sebagainya. Semuanya ini anda perlukan untuk memberikan khidmat kepada pelanggan anda dengan baik dan cekap.

Terdapat banyak juga hosting luar negara yang menawarkan ciri-ciri yang saya sebutkan ini. Tetapi, apalah salahnya kita membantu usahawan Malaysia sendiri? Mereka juga ada menawarkan pakej hosting yang tidak kurang juga hebatnya.

Sebagai contoh, anda bolehlah mendaftar bersama Jomhosting iaitu Serverfreak, iaitu syarikat hosting tempatan. Harga minimum yang ditawarkan termasuk domain untuk setahun juga amat berpatutan iaitu ada antaranya tidak melebihi RM 45 setahun. Jika anda benar-benar serius untuk mempelajari selok belok perniagaan internet, saya syorkan anda dapatkan hosting anda sekarang dengan nama domain yang sesuaiwalaupun anda telah memiliki blog. Sekurang-kurangnya, dengan hosting berbayar ini, anda boleh upload fail yang perlu dimuat turun oleh pelanggan anda.

Mengapa saya menulis posting ini?

Ini kerana saya tahu ada pakej hosting yang murah atau pun yang mahal ditawarkan di pasaran yang tidak menyediakan kemudahan CPanel ini. Jadi,anda mungkin terpaksa melanggannya secara berasingan dan ini merugikan anda. Anda juga mungkin terpaksa menggunakan kemudahan ftp yang agak melecehkan.

Jadi,mengapa anda harus merumitkan kerja anda dan berbelanja lebih sedangkan ada banyak hosting tempatan yang menyediakan kemudahan CPanel ini?

Buatlah pilihan yang bijak.

No comments:

Post a Comment

Iklan




Iklan Nuffnang

Percuma

Daftar di sini untuk mendapatkan Tips Internet dan EBook PERCUMA!

Nama:
Email:

Iklan
















Soal & Tanya Di Sini

Guestbook

Bil. Pelawat


Statistik Pelawat

Waktu

Waktu Solat

Blog Info