Domain

Nama domain adalah sesuatu yang sangat penting di dalam perniagaan internet.

Contoh: www.irfankhairi.com

Di sini, ‘irfankhairi’ adalah nama domain anda.

Saya mengesyorkan bahawa adalah lebih baik jika anda menggunakan nama domain yang berkaitan dengan apa yang anda usahakan. Contohnya, jika anda usahawan internet, gunakan nama domain yang berkaitan internet seperti di atas. Jika anda terlibat di dalam perniagaan pakaian, gunakanlah nama domain yang terlibat dengan pakaian dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membolehkan orang ramai atau bakal pelanggan anda membuat carian di internet dan dapat membantu mereka mengenalpasti dengan jelas dan pantas mengenai jenis perniagaan atau perusahaan anda tanp perlu melayari blog atau laman web anda terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, ada juga peniaga internet yang telah berjaya tidak menggunakan nama yang mencerminkan perniagaan mereka seperti amazon.com atau pun menggunakan nama mereka sendiri. Tetapi, mereka berjaya memaklumkan kewujudan laman web mereka melalui kegiatan promosi yang berterusan sama ada secara on line mahu pun off line.

Jadi,apa yang ingin saya tekankan di sini ialah nama domain yang baik sahaja tidak semestinya menjamin anda dikenali di pasaran. Aktiviti promosi juga adalah salah satu elemen yang sangat penting untuk memperkenalkan anda dan produk anda di pasaran dan seterusnya menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan internet.

Tahukah anda bahawa setelah anda memiliki nama domain,anda boleh forward domain tersebut ke blog anda atau ke mana-mana laman web yang telah anda miliki?

Walau bagaimana pun, saya menggalakkan anda agar mendaftar domain dan webhosting anda serentak agar anda dapat terus mengusahakan perniagaan internet anda dengan cara yang lebih professional.

No comments:

Post a Comment

Iklan




Iklan Nuffnang

Percuma

Daftar di sini untuk mendapatkan Tips Internet dan EBook PERCUMA!

Nama:
Email:

Iklan
















Soal & Tanya Di Sini

Guestbook

Bil. Pelawat


Statistik Pelawat

Waktu

Waktu Solat

Blog Info